Pahang’s New Era: Sultan Ahmad Shah Administrative Centre Opens in KotaSAS

Picture: Ihsan Zuraidi Ismail

KUANTAN, 27 Jun – Semua kerja pembinaan struktur bagi projek stesen ECRL Kotasas sudah siap sepenuhnya semalam. Perkara itu dikongsi pasukan kejuruteraan awam ECRL di laman sosial Facebook.

 

“Menjadi sebahagian daripada pasukan stesen (ECRL) Kotasas yang berjaya menyiapkan kerja struktur mengikut jadual.
“Alhamdulillah dan tahniah… selepas ini kerja arkitek dan M&E akan mengambil alih.

 

“InsyaAllah hujung tahun nanti, kita akan lihat bumbung dan ‘facade’ yang cantik dan akan menjadi mercu tanda Kotasas dan juga negeri Pahang,” katanya.
Projek ECRL itu dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun 2026. – nasionalkini.my

Sumber: nationalkini.my